Seperti dilaporkan oleh Bernama
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan
Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti
biasa.
Beliau berkata seramai 100 anggota PPS
melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean
Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi
membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat.
“PPS memainkan peranan penting di sini.
Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu
mengawal keadaan,” katanya.
Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS
di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam
dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai
Polis Air Itam sendiri.
“Mereka hanya penduduk setempat yang
hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan
hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana
mereka lebih dekat,” katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment